Friday 20 July 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H/2012M

Sempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, admin mewakili ahli kompang EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka ingin menyusun jari memohon kemaafan seandainya diri ini ada melakukan kesalahan sama ada sedar mahupun tidak.


Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA buat semua kenalan serta rakan-rakan ahli kompang EZHAR TSD2,MELAKA.


Thursday 19 July 2012

18 JULAI 2012 ; SESI LATIHAN MPHTJ






Pasukan : Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Cikgu / Jurulatih : En Mohamad Ruzi bin Abu Bakar dibantu oleh En Roslee Bin Jasmin
Masa Latihan : Sebulan sekali (Hari Rabu) ; 5.00 ptg - 7.00 ptg


Tuesday 17 July 2012

HERO HARI INI :)

Assalamualaikum semua...
Apa khabar semua pengunjung blog EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka ? Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dirahmati Allah selalu.. Amin~

Bagi post kali ini, admin ingin memberikan sedikit penghargaan buat 2 orang ahli kompang EZHAR TSD2,MELAKA yang telah berjaya membantu dalam operasi menangkap ular sawa yang mempunyai kepanjangan tidak kurang daripada 2 meter dan berat sebanyak 10 kilogram.
Tahniah buat Amirul dan Ariff kerana berjaya membantu menyelamatkan nyawa penduduk Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka daripada ancaman ulat sawa tersebut.

Antara penduduk yang membantu

Ariff (kiri) bersama Amirul (kanan) yang turut membantu

Hampir dapat ditangkap

Hampir dapat ditangkap

Akhirnya ular sawa tersebut dapat ditangkap

Ular sawa yang sangat besar dan panjang

Aksi Amirul bersama ular sawa :)

Aktiviti selesai

Anugerah 
HERO HARI INI 
jatuh kepada 
Amirul dan Ariff... 

Tahniah buat kedua ahli :)



Monday 16 July 2012

15 JULAI 2012 ; MAJLIS PERKAHWINAN DI PUTERI RESORT, MELAKA




Undangan / aktiviti terakhir bagi Kompang Ezhar Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka sebelum menjelangnya bulan Ramadhan :)

Friday 6 July 2012

1 JULAI 2012 : RAKAMAN TV BERSAMA IMAM MUDA TAUFEK






RAKAMAN TV BERSAMA IMAM MUDA TAUFEK
Tarikh : 1 Julai 2012 (Ahad)
Tempat : Air Baruk, Jasin
Terima kasih buat pasukan Gabungan EZHAR Jasin kerana sudi menjemput kami.
Turut terlibat sama ialah Naib Pengerusi EZHAR Negeri Melaka, En Zamani.

30 JUN 2012 ; MAJLIS PERKAHWINAN HANISAH DAN ZAINUDIN








SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT HANISAH BINTI MOHAMED AL-AWAL DAN ZAINUDIN BIN ZAN.
SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT
Tarikh : 30 Jun 2012 (Sabtu)
Tempat : Lot 2315, Kampung Bukit Datuk A, Jalan Tanjung Minyak-Bukit Rambai, 75250 Melaka.
Turut terlibat sama ialah pasukan EZHAR TSD2, Ujong Pasir, Demang Seri Molek, Taman Seri Kelemak, Rembia dan Pulau Gadong.