Monday 27 February 2012

EDS2,MELAKA BERSAMA RAJA SEHARI


BarakAllahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a baina kuma bilkhair...





Friday 24 February 2012

Ikrar Perasmian EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka

Majlis Lafaz Ikrar Perasmian Cawangan Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka telah berlangsung pada tahun 2003 dan telah berlangsung dihadapan Allahyarham Pakguru Haji Ramli bin Haji Dawam iaitu Pakguru Kesenian EZHAR Malaysia yang ketiga.


Wednesday 22 February 2012

INFO #4

PERARAKAN PERTANDINGAN SELAWAT NABI DI ATAS BOT MELAKA RIVER CRUISE
sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M
anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka.

TARIKH : 29 FEBRUARI 2012 (RABU)
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : BERMULA DI TAMAN REMPAH

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Terbuka kepada semua kumpulan yang beragama Islam
  2. Setiap pasukan hendaklah tidak melebihi daripada 40 orang
  3. Keutamaan diberi kepada yang lengkap beruniform dan membawa alat muzik (kompang, rabana, gendang dan lain-lain)
  4. Setiap kumpulan diwajibkan menyediakan sepanduk dan menghias bot masing-masing
  5. Pertandingan akan bermula dari Taman Rempah ke Dataran Sungai dan berakhir di Taman Rempah
  6. Setiap kumpulan diwajibkan berselawat dan membuat persembahan sepanjang perjalanan
  7. Pihak penganjur akan menyediakan sebuah bot Melaka River Cruise berserta juru mudi bagi setiap kumpulan
  8. Diwajibkan berada di tempat permulaan 30 minit awal dari waktu perlepasan (8.15 malam)
  9. Setiap kumpulan akan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM50 setiap kumpulan (tidak dikembalikan)
  10. Setiap bot akan diadili oleh pengadil-pengadil yang akan berada di sepanjang Sungai. Keputusan pengadil adalah muktamad
  11. Markah diadili berdasarkan kreativiti, hiasan bot, pakaian dan persembahan berselawat
  12. Segala kemalangan dan kehilangan harta benda adalah tanggungjawab sendiri
  13. Tarikh tutup pada 28 Februari 2012
HADIAH YANG DITAWARKAN

1st : RM 1000 + PIALA
2nd : RM 800 + PIALA
3rd : RM500 + PIALA
4th : RM300 + PIALA
5th : RM 200 + PIALA
6th - 10th : SAGUHATI

UNTUK PERTANYAAN SILA HUBUNGI :

PEJABAT : 06 - 281 4322/23
FAKS : 06 - 281 4325

30 MEI 2009 : EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka
bermain kompang di atas bot Melaka River Cruise

"Kekuatan tidak datang
dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak 
pernah mengalah.."


"Setiap kegagalan mematangkan kita,
setiap kejayaan memberi kita kealpaan...
Jadilah insan yang tidak takut akan
kegagalan dan tidak pula 
lupa diri apabila berjaya kelak..."




Tuesday 21 February 2012

"berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata,
kerna semakin tinggi keikhlasan di dalam diri,
semakin tinggilah balasan baik yang diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.."


"setiap yang kita lakukan biarlah jujur
kerana kejujuran itu
penting dalam sebuah kehidupan...
Tanpa kejujuran hidup sentiasa
menjadi mainan orang.."


Monday 20 February 2012

BBQ : MAJLIS KESYUKURAN

Pada hari Sabtu (18 Feb 2012) yang lepas, kami ahli EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka telah mengadakan BBQ : MAJLIS KESYUKURAN bersempena dengan kejuaraan kami sewaktu di Pertandingan Kompang Berformasi sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M yang lepas. Majlis tersebut telah disertai oleh kesemua ahli EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka tidak kira sama ada yang lama mahupun yang baru. Kami juga telah menjemput kedua ibubapa yang selama ini telah banyak memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka terutamanya dalam kesenian kompang ini.Terima kasih kepada semua yang telah menghadirkan diri. Majlis telah berlangsung dengan meriahnya tanpa ada sebarang halangan.Alhamdulillah :)























Thursday 16 February 2012

INFO #3

PERSATUAN SILAT SENI EZHAR SUCI/SETIA HATI DAN KOMPANG
TAMAN SERI DUYONG SEKSYEN 2, MELAKA


PENGAMBILAN AHLI BARU
Berminat ??? Daftarlah Sekarang !!!


Hubungi kami :
EN MOHAMAD RUZI : 012-2005199
EN ROSLEE : 017-688 9258
CIK NURHAJARATULASWAT : 017-308 8138

Monday 13 February 2012

SEBAB TELUR AYAM DAN KETUPAT DI GUNAKAN DI DALAM KESENIAN EZHAR


  1. Bagaimana sukarnya menyempurnakan sebiji ketupat, maka begitulah sukarnya mempelajari Kesenian   EZHAR dengan mengikuti peraturan-peraturan yang telah di tetapkan bahagian kesenian dan pentadbiran.
  2. Juga jumlah sebanyak 44 membawa bidalan supaya persatuan dan ahli-ahli sentiasa selamat dan selisih Malaikat 44.
  3. Diantara telur dan ayam tidak sesiapa pun yabg dapat memberikan jawapan yang tepat, yang mana dulu. Maka didalam Kesenian EZHAR ahli baru dan lama sama sahaja tiada bezanya.


###Sumber : CARA DAN KAEDAH BERMAIN KOMPANG BERSAMA KHALIFAH (Jurulatih) EZHAR - Lampiran F

Sunday 12 February 2012

LATIHAN BERSAMA AHLI EZHAR TAMAN SAUJANA SEKSYEN 3,MELAKA

Tarikh : 11 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pm - 11 pm
Tempat : Balairaya Taman Saujana Seksyen 3, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca serta pengunjung setia blog ini...Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat selalu :)

Post kali ini merupakan aktiviti pertama kami bersama dengan ahli EZHAR Taman Saujana Seksyen 3, Melaka. Kami seramai 10 orang, wakil daripada EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka telah pun berkunjung ke Taman Saujana Seksyen 3, Melaka untuk bersama-sama mereka mengikuti serta membantu mereka sepanjang latihan kompang tersebut. Latihan pada malam itu telah diketuai oleh En. Mohamad Ruzi bin Abu Bakar yang merupakan Setiausaha bagi cawangan kami iaitu Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka.

Sewaktu sesi latihan/pembelajaran tersebut, En Mohamad Ruzi telah memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai Sejarah EZHAR kepada semua Putra Putri yang hadir serta memperkenalkan kepada mereka semua salah satu pukulan yang terdapat dalam kesenian kompang EZHAR iaitu Pukulan Berteh. Alhamdulillah, tiga jenis paluan yang terdapat dalam Pukulan Berteh iaitu MELALU, SELANG dan MENGANAK telah dapat diturunkan serta dikongsi bersama Putra Putri EZHAR Taman Saujana Seksyen 3, Melaka.









Sesi latihan/pembelajaran pada malam itu tamat pada jam 11.00 malam. Terima kasih buat pihak tuan rumah kerana telah menjamu kami dengan sedikit jamuan yang disediakan.

Tuesday 7 February 2012

PERTANDINGAN KOMPANG BERFORMASI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

PERTANDINGAN KOMPANG BERFORMASI
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H/2012M

Tarikh : 6 Februari 2012 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Tempat Letak Kereta Open University Malaysia

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Kompang Berformasi sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M. Pertandingan kali ini adalah sangat berbeza seperti pertandingan sebelum ini. Pada kali ini setiap pasukan yang bertanding dikehendaki bermain secara terbuka. Walaupun cuaca agak panas, tetapi setiap pasukan yang bertanding telah memberikan persembahan yang terbaik. Sebanyak 12 pasukan yang bertanding dan kebanyakannya merupakan pasukan baru dan pertama kali turut serta dalam Pertandingan Kompang Berformasi sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Tahniah buat pasukan EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka kerana telah menjadi JUARA dalam pertandingan tersebut. Naib Johan daripada Ujong Pasir dan tempat ketiga daripada pasukan ESHA Melaka. Tahniah juga buat semua pasukan yang telah berjaya memberikan persembahan yang terbaik sewaktu pertandingan tersebut.
Hanya yang berani sahaja, mampu ke hadapan.




Pilihan kami pada kali ini adalah warna Maroon

EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka
bersama EZHAR Lipat Kajang

Tempat Ketiga : ESHA Melaka

Gabungan EZHAR Jasin merupakan salah satu pasukan yang
buat pertama kalinya terlibat dalam pertandingan ini

Persembahan daripada EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka

Persembahan daripada EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka


EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka

Antara barisan para hakim yang adil lagi bijaksana

Pemimpin Seni 1, Roslee Jasmin menerima hadiah pertandingan

Kamilah Juara !!!

Gambar Kenangan.
Kiri : Pasukan Ujong Pasir (Naib Johan)
Tengah : EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka (Johan)
Kanan : ESHA Melaka (Tempat Ketiga)

PERTANDINGAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL

Tarikh : 5 Februari 2012 (Ahad)
Tempat : Stadium Hang Tuah hingga Masjid Al-Azim

Terima kasih kepada semua Putra Putri EZHAR Negeri Melaka yang telah terlibat sama sewaktu Pertandingan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M.
Tahniah juga kerana telah menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut.