Sunday 12 February 2012

LATIHAN BERSAMA AHLI EZHAR TAMAN SAUJANA SEKSYEN 3,MELAKA

Tarikh : 11 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pm - 11 pm
Tempat : Balairaya Taman Saujana Seksyen 3, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca serta pengunjung setia blog ini...Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat selalu :)

Post kali ini merupakan aktiviti pertama kami bersama dengan ahli EZHAR Taman Saujana Seksyen 3, Melaka. Kami seramai 10 orang, wakil daripada EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka telah pun berkunjung ke Taman Saujana Seksyen 3, Melaka untuk bersama-sama mereka mengikuti serta membantu mereka sepanjang latihan kompang tersebut. Latihan pada malam itu telah diketuai oleh En. Mohamad Ruzi bin Abu Bakar yang merupakan Setiausaha bagi cawangan kami iaitu Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka.

Sewaktu sesi latihan/pembelajaran tersebut, En Mohamad Ruzi telah memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai Sejarah EZHAR kepada semua Putra Putri yang hadir serta memperkenalkan kepada mereka semua salah satu pukulan yang terdapat dalam kesenian kompang EZHAR iaitu Pukulan Berteh. Alhamdulillah, tiga jenis paluan yang terdapat dalam Pukulan Berteh iaitu MELALU, SELANG dan MENGANAK telah dapat diturunkan serta dikongsi bersama Putra Putri EZHAR Taman Saujana Seksyen 3, Melaka.









Sesi latihan/pembelajaran pada malam itu tamat pada jam 11.00 malam. Terima kasih buat pihak tuan rumah kerana telah menjamu kami dengan sedikit jamuan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment