Thursday 2 February 2012

ADAT BERADAT EZHAR


1. Penubuhan Cawangan baru hendaklah sekurang-kurangnya 20 ahli yang berusia 13 tahun keatas lelaki dan wanita, mempunyai kompang sejumlah tersebut.

2. Mengadakan majlis perasmian setelah mendapat kelulusan, serta melafaz ikrar perasmian dihadapan Pakguru ataupun Pengerusi Negeri ataupun Ketua Khalifah Negeri.

3. Mempelajari menerima Kesenian EZHAR menerusi Khalifah (Jurulatih) bertauliah daripada Majlis Jemaah Guru-Guru Kesenian EZHAR.

4. Menduduki Ujian Penilaian Awal dan Akhir yang dikendalikan oleh Majlis Jemaah Guru-Guru mengikut peringkat yang akan ditetapkan.

5. Mengadakan Majlis Perkhataman serta menyediakan bahan-bahan yang dituntut seperti berikut :-
  • Telur ayam telah berebus tanpa kupek kulit seramai ahli
  • Ketupat yang telah dimasak tanpa dipotong-potong sebanyak 44 biji
  • Tempat bara, kemenyan dan air jarang beserta gelas
  • Sejadah
  • Mengikut Majlis TAWASSUL dan Ikrar Perkhataman serta Penerimaan Akuan Ahli
  • Saguhati Pakguru dan bayaran Selendang Merah pemimpin dan sijil perkhataman Cawangan dan sijil tamat latihan.


###Sumber : CARA DAN KAEDAH BERMAIN KOMPANG BERSAMA KHALIFAH (Jurulatih) EZHAR-Lampiran F

No comments:

Post a Comment