Wednesday 25 April 2012

EZHAR NEGERI MELAKA

Berikut merupakan senarai Cawangan EZHAR yang berdaftar dengan EZHAR Negeri Melaka.

1) EZHAR Air Baruk, Jasin

2) EZHAR Ayer Molek

3) EZHAR Batu Gajah Pasir



4) EZHAR Chincin, Jasin

5) EZHAR Demang Seri Molek



6) EZHAR Kesang Damai

7) EZHAR Lipat Kajang



8) EZHAR Pulau Gadong

9) EZHAR Rembia

10) EZHAR Seri Minyak, Umbai



11) EZHAR Taman Desa Duyong

12) EZHAR Taman Saujana Seksyen 3, Melaka



13) EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka



14) EZHAR Ujong Pasir



15) ESHA Solok Bukit Baru



Tuesday 24 April 2012

KOMPANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini admin ingin berkongsi kepada semua membaca mengenai alat muzik utama yang digunakan dalam kesenian EZHAR ini iaitu kompang.

Seperti yang semua maklum, kompang merupakan sejenis alat muzik tradisional yang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu. Kompang tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Biasanya kulit kompang diperbuat daripada kulit kambing betina, namun ianya juga boleh diperbuat daripada kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

Kompang yang sudah siap berlambang EZHAR

Alat muzik ini berasal dari Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika Zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa oleh pedagang Arab pada abad ke 13.

Paluan kompang mempunyai dua bahagian paluan iaitu Paluan Tradisi dan Paluan Moden ataupun kreatif. Paluan Tradisi ialah paluan dimana memalu kompang sambil bernyanyi atau bernasyid dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu Klasik. Paluan Moden ataupun kreatif merupakan paluan dimana memalu kompang sambil bernyanyi diselitkan dengan gerakan ataupun tarian.

Paluan Tradisi : Pemain memalu kompang sambil bernyanyi
atau bernasyid

Paluan Moden : Pemain memalu kompang sambil bergerak


Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh layari laman web tersebut dengan klik disini

Saturday 7 April 2012

PENGAMBILAN AHLI BARU

Bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari kesenian kompang EZHAR dan menjadi ahli bagi cawangan kami, bolehlah menghadirkan diri anda seperti ketetapan berikut :

Hari & Masa : Jumaat (9.00 malam) / Ahad (11.00 pagi)
Tempat : Bangunan KRT Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka

ataupun berhubung terus dengan :
En Eddy (Pemimpin Seni 2):             017-305 3645       
En Ruzi (Setiausaha) :             012-200 5199       

### Keahlian adalah terbuka buat sesiapa yang berminat :)