Tuesday 24 April 2012

KOMPANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini admin ingin berkongsi kepada semua membaca mengenai alat muzik utama yang digunakan dalam kesenian EZHAR ini iaitu kompang.

Seperti yang semua maklum, kompang merupakan sejenis alat muzik tradisional yang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu. Kompang tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Biasanya kulit kompang diperbuat daripada kulit kambing betina, namun ianya juga boleh diperbuat daripada kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

Kompang yang sudah siap berlambang EZHAR

Alat muzik ini berasal dari Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika Zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa oleh pedagang Arab pada abad ke 13.

Paluan kompang mempunyai dua bahagian paluan iaitu Paluan Tradisi dan Paluan Moden ataupun kreatif. Paluan Tradisi ialah paluan dimana memalu kompang sambil bernyanyi atau bernasyid dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu Klasik. Paluan Moden ataupun kreatif merupakan paluan dimana memalu kompang sambil bernyanyi diselitkan dengan gerakan ataupun tarian.

Paluan Tradisi : Pemain memalu kompang sambil bernyanyi
atau bernasyid

Paluan Moden : Pemain memalu kompang sambil bergerak


Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh layari laman web tersebut dengan klik disini

No comments:

Post a Comment