Thursday 19 January 2012

LAMBANG EZHAR


PERSATUAN SILAT SENI EZHAR SUCI/SETIA HATI DAN KOMPANG
TAMAN SERI DUYONG SEKSYEN 2, MELAKA
0711-04-8

Lambang Persatuan merupakan perkataan EZHAR di atas Bintang Bucu Lima Bulan Sabit yang melambangkan Ugama Islam ugama rasmi Negara. Daun Keladi 13 jalur melengkong kiri dan kanan melambangkan 13 negeri berdaulat di dalam Malaysia dan juga membawa pengertian 13 rukun sembahyang.

Bulan Sabit, Bintang, Daun Keladi, warna merah, kuning, dan hijau merupakan 6 perkara yang menghiasi lambang EZHAR membawa pengertian kepercayaan dengan keyakinan kepada Rukun Iman.

Huruf K.M.S.H yang tertulis dibahagian bawah lambang membawa makna "KOMPANG MELAYU SETIA HATI".

a.  EZHAR                       :  Suci Hati / Setia Hati
b.  Warna Merah              :  Keberanian mempersembahkan seni
c.  Warna Kuning             :  Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Keluhuran Undang-Undang
d.  Warna Hijau                :  Kesuburan dan warna Islam
e.  Bintang Berbucu Lima  :  Rukun Islam dan Rukun Negara


Pemilihan daun keladi sebagai hiasan di lambang EZHAR membawa dua maksud iaitu :
  1. Sebagaimana pohon ini hidup menjajar, subur dan mudah tumbuh walau dimana pun, maka harapan Pakguru dan Persatuan agar seni ini akan berkembang subur walau dimana-mana.
  2. Getah yang mengalir didalam pohon ini membawa kiasan ianya membawa kegatalan kepada ahli-ahli ingin mempelajari kesenian ini.


### Sumber daripada buku CARA DAN KAEDAH BERMAIN KOMPANG BERSAMA KHALIFAH (Jurulatih) EZHAR - Lampiran E

No comments:

Post a Comment