Thursday 19 January 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera...

Selamat datang ke Blog EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka. Blog ini diwujudkan dengan tujuan untuk memperkenalkan pasukan kami iaitu EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka kepada sesiapa yang belum mengenali dan mengetahui akan kewujudan kami ini.


Bukan itu sahaja, malah kami juga ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti-aktiviti yang telah kami sertai dan laksanakan.

Selain itu, Blog ini juga diwujudkan dengan tujuan untuk menarik minat anda semua terutamanya daripada golongan kanak-kanak serta para remaja untuk menyertai serta mempelajari kesenian EZHAR terutamanya dalam seni kompang.

Semoga dengan wujudnya Blog ini, dapat memberikan manfaat dan informasi yang berguna kepada semua pembaca serta semoga kesenian EZHAR dapat berkembang keseluruh dunia.

Mohon maaf sekiranya terdapat maklumat-maklumat yang diberikan adalah tidak selari dengan apa yang sepatutnya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kami.

No comments:

Post a Comment