Thursday 19 January 2012

UJIAN PENILAIAN AKHIR KOMPANG

TARIKH : 12 DISEMBER 2010
TEMPAT : BANGUNAN KRT TAMAN SERI DUYONG SEKSYEN 2, MELAKA


Seramai 20 orang ahli EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka telah menduduki Ujian Penilaian Akhir Kompang. Mereka telah dinilai oleh Cikgu Zainul Abidin Bin Kassim iaitu Ketua Majlis Jemaah Guru-Guru Kesenian EZHAR. Turut hadir Cikgu Haji Nordin Bin Haji Othman selaku cikgu yang bertanggungjawab mengajar Kesenian Kompang EZHAR di Cawangan Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka serta Cikgu Ahmad Jailani Bin Osman selaku Ketua Penerangan AJK Pusat.





Cikgu Haji Nordin sedang memberikan taklimat kepada ahli EZHAR sebelum Ujian Penilaian Akhir Kompang bermula.

En Abdul Qahhar Othman selaku Pengerusi EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka menyampaikan cenderahati kepada Ketua Majlis Jemaah Guru-Guru

En Abdul Qahhar Othman selaku Pengerusi EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka menyampaikan cenderahati kepada Ketua Penerangan EZHAR Pusat.

Wajah-wajah ahli EZHAR selepas berakhirnya Ujian Penilaian Akhir Kompang.

Ahli EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka bergambar bersama Cikgu Ahmad Jailani, Cikgu Zainul Abidin dan Cikgu HHaji Nordin.

EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka.



No comments:

Post a Comment